Wednesday 13 June 2012

Khasiat Madu Lebah




Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.


KHASIAT MADU SEBAGAI PEMBERI TENAGA
Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.


MEMBANTU PROSES PENCERNAAN
Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

SEBAGAI BAHAN ANTIOKSIDAN
Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

PENGGALAK BAKTERIA BAIK
Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

SEBAGAI UBAT SAKIT TEKAK
Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

MERAWAT KULIT
Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

MEMBANTU ANDA TIDUR
Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

suka baca ? sila lah LIKE !



No comments:

Post a Comment