Sunday 3 June 2012

Menarik Tentang Buah Kurma II


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung blog Tingkatan Enam SAMTTAR . Pada hari minggu ini sekali lagi saya ingin kongsikan fakta menarik tentang buah kurma .Sebelum ini, saya ada kongsikan bahawa buah kurma mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita .  Sesiapa yang tertinggal untuk membaca info tersebut bolehlah klik sini . . Buah Kurma I


1. KECERDASAN & KECERGASAN

a. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.


b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

2. KEPERIBADIAN
a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :  "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."  

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti  Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

3.  KEBERKATAN
a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."


No comments:

Post a Comment