Saturday 14 July 2012

Waktu Mustajab Berdoa...







Antara Waktu-waktu yang Mustajab untuk Berdoa...
  • Penghujung Malam pada Setiap Hari
  • Apabila Masuk Waktu Solat
  • Pada 6 Malam iaitu :
  1. Malam Awal Bulan Rejab
  2. Malam Nisfu Syaaban
  3. Malam Jumaat (khamis malam jumaat atau jumaat malam sabtu)
  4. Malam AidilFitri
  5. Malam AidiAdha 
  6. Malam Lailatul Qadar











Sumber : Al-Kuliah-TV3-Doa Terhijab-13/7/2012

Wednesday 11 July 2012

3 Golongan Yang Lebih Awal Masuk Neraka!!!


Tiga golongan yang pertama akan merasakan api neraka!!

Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahir03;m dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.


“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
P/S>>>Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…

Saturday 7 July 2012

Senarai Nama Jawatankuasa Tingkatan Enam 2012



Pengerusi : Shafiq Zuhaili bin Zakaria 
Naib Pengerusi : Mariah binti Abdul Raof
Naib Pengerusi 2 : Mohamad Dhia'uzzaman bin Norzaman

Setiausaha : Nawal Sa'adah binti Ngasiman
Naib Setiausaha : Muhammad Hakimi bin Subarman 

Bendahari : Muhammad Syafiq bin Suhiman
Naib Bendahari : Siti Zulaikha binti Zubir Ahmad

Biro Disiplin : Ahmad Arif bin Mostakim
                     Maryam 'Aqila binti Ismawadee

Biro Dakwah : Mohammad Khairul Anuar bin Adnan
                         Norhidayah binti Mohd Banari
                      
Biro Ekonomi : Muhd Amirul Ahnaf bin Zaidun
                          Nor Amira binti Khairon

Biro Kebajikan : Mohammad Anas bin Nisbah 
                            Farhani binti Ngadinin

Biro Siaraya : Nur Muhd Faiz bin Norbaharin
                        Nur Ain Najiha binti Mohd Zaid

Biro Dokumentasi : Muhd Amzar Asyraf bin Sarikal Anuar  ( admin )
                                 Nurul Syafiqah binti Asroni ( admin )

Biro Keceriaan : Fahizar bin Paiman 
                            Nurdiana Anis binti Abdullah

Biro Perhubungan Luar : Muhd Afi bin Jahimi
                                          Nur Baizura binti Samat Mukhri

Biro Sukan :  ( kosong )
                      Nor Hasanah binti Saharuddin

Biro Protokol : Abrar bin Khairuddin 
                         Asmahani Husna binti Ishak

Biro Program dan Sambutan : Muhd Shafi bin Md Shah
                                                  Noor Farhana binti Mohd Noh 




Friday 22 June 2012

Nak Berdiet??? Jomm...







Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.


          Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.


 2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.


        Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.


 3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.


Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.


4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.


         Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi,  ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.



 5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.


        Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..





6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.


       Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:


“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.


Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.


Al-Hakam Bin Uyainah berkata:


“Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”


7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.


             Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.




Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.


Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,


“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.


Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

 ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.


8. Buah tamar


          Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.


Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,


“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.


9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.


          Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.


10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).


       Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.


11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.


Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.


“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)


12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air


dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.


Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.


13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.


Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:


نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع


“Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“


Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).


14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.


15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.


– Doa sebelum makan;


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ


“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”


Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda,


“Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)


16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. 
    Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:


“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)


Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).


“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).


Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).


17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
       Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.





18. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.


Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.


Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.


Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.


19. Elakkan kekenyangan sebelum tidur


kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.


Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.


20. Berpuasa


 selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.


Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.





Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.


http://myibrah.com/diet-mengikut-sunnah-rasulullah-s-a-w


Wednesday 13 June 2012

Khasiat Madu Lebah




Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.


KHASIAT MADU SEBAGAI PEMBERI TENAGA
Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.


MEMBANTU PROSES PENCERNAAN
Kita sebagai rakyat Malaysia mewah dengan pilihan makanan yang pelbagai. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara kita yang mempunyai tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

SEBAGAI BAHAN ANTIOKSIDAN
Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

PENGGALAK BAKTERIA BAIK
Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

SEBAGAI UBAT SAKIT TEKAK
Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

MERAWAT KULIT
Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

MEMBANTU ANDA TIDUR
Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

suka baca ? sila lah LIKE !



Tuesday 12 June 2012

Tambahan Kunci Dalam Doa...




Berdoa akan mewujudkan rasa penghambaan kita kepada Allah.

Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.

Antara perkara yang perlu dititik-beratkan ialah adab-adab berdoa seperti menghadap kiblat, berwuduk, mengangkat tangan dan suara  sederhana.

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." 

Cara yang terbaik dalam berdoa adalah seperti yang Allah ajarkan kepada ahli syurga,
"Doa ucapan mereka (di dalam Syurga) ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan. Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."


Doa-Doa Yang Afdal

Sebaik-baik doa adalah doa-doa daripada Al-Quran, kerana ayat-ayat Al-Quran itu sendiri adalah kalam Allah (kata-kata dari Allah).

Antara doa-doa yang terdapat di dalam Al-Quran :-



  • Doa supaya tidak berputus asa [Maryam:4]
  • Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan [Thaha:25-26]
  • Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan [Kahfi:10]
  • Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatuyang tidak diketahui hakikatnya [Hud:47]
  • Doa mohon diberi keputusan yang baik [A'raaf:89]
  • Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa [Isra':14]
  • Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir [Yunus:85-86]
  • Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat [Baqarah:201]
  • Doa memohon keampunan dan rahmat [A'raaf:23]
  • Doa memohon agar diterima amalan [Baqarah:127]
  • Doa dicukupkan keperluan [Taubah:129]
  • Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah [Ahqaf:15]



- Artikel iluvislam.com

Monday 11 June 2012

Darjat Seorang Perempuan Yang Menutup Auratnya.....







Seorng permpuan yg bkan islam ingin memasuki islam tetapi hasratnya tersekat kerana satu soalan..
KENAPA AURAT WANITA PERLU BNYAK DITUTUP BERBANDING LAKI2...
ia mngnggap islam tidak adil pada perkara ini...

Dah rmai ustaz dia berjumpa dan bertnyakan soalan yg sama..namun tiada jwpan yg memuaskan hatinya..

Stu hari,dia berikhtiar ,jika ustaz yg ke- 20 ini,jika jwpannya tidak mmuaskan htinya..,dia akan memadam hasrat nyA untuk memeluk islam..

Duduknya dia dihdapan ustaz tersebut lantas trus bertnya soalan trsebut...
Ustaz tersebut tersenyum sambil bermain- main dgn janggutnya..seraya berkata:
"kmu pernah melihat emas ,berlian di kdai emas..bgaimna ia disimpan??"
Perempuan itu berkata,"ia disimpan rapi dlm bkas,dan diletakkan tempat yg berkaca untuk tatapan umum.."

"Bgaimana pula dgn emas dan permata yg tak tulen??" tnya ustaz itu pula....

"Senang didapti ditepi jlan,"
Ustaz tersebut tersenyum dan berkata..
"begitu lah mulia nya wanita di sisi islam, mereka terbela dan dijaga dngan sempurna,aurat wanita itu dianggap seperti emas, permata yg tulen,diletakkan di bekas yg rapi dan tertutup, supaya aurat mereka sentiasa terjga..bagi mereka yg tidak mnutup aurat, ibarat barangan murahan 
yg mudah dijumpai di tepi2 jlan,bleh dipgangg sesuke hati..."

Tanpa keraguan lagi,perempuan tersebut trus mngucapkan shahadahnya dihdpan ustaz tersbut...

MasyaAllah,,,,,, Subhanallah.... begitu mulia seorang perempuan pada pandangn Islam...


Tuesday 5 June 2012

Ohh, Patutlah Amalan Aku Ditolak



"Wah.. hang memang terbaiklah ! Suka menderma, suka bersedekah, suka bantu kawan yang susah, suka tolong anak yatim dan orang-orang miskin.. mesti pahala hang berlipat ganda sekarang ni.."
Alhamdulillah.. Tahniah ! Tahniah kepada sesiapa yang gembira dan suka melakukan kebaikan terutamanya sedekah.
Ketahuilah bahawa melalui amalan seumpama itu, Allah pasti akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat diri kita walaupun kita sudah tidak ada di dunia ini.
Sabda Rasulullah s.a.w ;
"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." 
[Riwayat Muslim]
Allah sendiri memberi jaminan pahala yang banyak buat golongan yang suka bersedekah.
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."
[2:261]
Bayangkanlah.. besar sungguh ganjarannya!

Bukan 2 kali ganda, bukan 3 kali ganda atau 4 kali ganda tetapi 700 kali ganda. bahkan boleh jadi lebih hebat daripada itu! Terpulang pada Allah..

Tahniah sekali lagi ! Teruskan amalan yang baik itu..

Namun, saya ada sedikit pesanan untuk direnung-renungkan dan diambil peduli oleh diri saya dan diri anda.

"Kadang-kadang kita suka bersedekah.. Tapi Allah tidak suka akan sedekah kita. Lalu amalan sedekah kita ditolak,habis musnah begitu sahaja. Kita jadi rugi.."
Kenapa sampai begitu sekali ?

Kenapa Allah tidak terima amalan kita walaupun kita bersedekah dalam keadaan suka dan senang hati ?

Jawapannya hanya satu, kita tidak betul-betul ikhlas !

Kita tidak beramal semata-mata kerana berkehendak akan redha Allah.

Tahu apa buktinya ?

ada empat bukti .. sekiranya kita memiliki walaupun hanya salah satu daripadanya, maka amalan kita akan ditolak bulat-bulat oleh Allah SWT !!

1. Mengungkit-ungkit atau menyebut-nyebut pemberian yang diberikan.
2. Memberi namun dalam masa yang sama turut menyakiti hati si    penerima.
3. Riya'.. iaitu menunjuk-nunjuk atau mempamerkan amalan itu bukan untuk tujuan mendidik tetapi untuk berbangga.
4. Tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat.(Bukan Islam)
Anda pernah melihat sebiji batu yang diselaputi banyak pasir atau tanah ?

Apa akan jadi sekiranya batu itu disimbah dengan air atau terkena air hujan?
Ya.. sudah pasti batu itu akan menjadi licin bersih !

Begitulah perumpamaan yang Allah gambarkan untuk menjelaskan bahawa ganjaran pahala yang telah dikumpul oleh si pemberi sedekah akan hilang kesemuanya sekiranya dia memiliki sifat-sifat seperti di atas.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya' kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak mendapat sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir ."
[2:264]
Saya yakin diri kita faham apa yang Allah maksudkan..
Maka periksalah diri kita sekarang.. adakah kita mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di atas ?

Jika YA.. segeralah berubah ! Tidak susah !

Sekiranya ciri-ciri itu muncul lagi ketika kita bersedekah, cepat-cepat buang !
Selepas bersedekah, senyumlah dengan mengharapkan agar Allah redha dan menerima amalan kita.

Kemudian terus lupakan pemberian yang kita hulurkan.

Saya ulang, terus lupakan kebaikan kita itu!!
Kita tidak mahu amalan sedekah kita menjadi sia-sia

dan rosak begitu sahaja !
Rugi besar kita nanti !!

Sahabat-sahabatku..

Mari kita jadikan amalan sedekah yang ikhlas sebagai HOBI !!
Semoga ada balasan yang besar buat kita
di negeri akhirat sana nanti !
Ameen..

"Inginkan SAHAM akhirat yang lumayan ??

teruskan melabur di jalan Allah !!"

sumber : i luv islam .com


10 Fakta Menarik Mengenai Kucing


Assalamualaikum......

Semua orang tahu kucing kan? Dan rasanya ramai orang yang memelihara seekor kucing sebagai salah satu haiwan peliharaan . Betul tidak? Kucing adalah haiwan yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Oleh itu, sesiapa yang memelihara kucing harus baca entry kali ini ! 
Jom baca fakta-faktanya dibawah .



1 . Kucing boleh membezakan warna ungu , biru , hijau dan kuning . 

2 . Kucing boleh balik ke rumah walaupun di buang jauh2 , tanpa disediakan kompas . 

3 . Kucing mempunyai ingatan jauh lebih baik daripada anjing , monyet , orang hutan . 

4 . Kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 bunyian . 

5 . Kucing mempunyai kelajuan hampir 50 KM/J

6 . Kucing akan mejilat tubuh badanya setelah mengalami kejadian berbahaya bertujuan untuk menenagkan dirinya . 

7 . Kucing tidak pernah berpeluh , walupun setitik . 

8 . Kucing mempunyai DNA yang berjenis AB dan boleh di padankan dengan manusia yang berdarah AB . 

9 . Kucing betina mengambil masa lebih kurang 58-65 hari ketika waktu buntingnya . 

10 . Kucing mempunyai suhu normal nya adalah 38.6 darjah celcius . 


Jika tidak percaya, cubalah membuat kajian keatas kucing peliharaan masing-masing ye..

suka baca? sila lah LIKE ! 

Monday 4 June 2012

Fadhilat Memberi & Menjawab Salam




Terdapat banyak hikmah yang Allah SWT letakkan disebalik salam. 
Sebab itu terlalu banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan memberi dan menjawab salam. 
Antaranya ialah:


  1. Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم) pernah bersabda;
“Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. dan kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum menunjukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya kamu akan berkasih mesra?”
Para sahabat baginda menjawab;
“Belum Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم)”
Kemudian Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) pun menerangkan:
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu.” (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)



  1. Tambahan daripada itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini dinyatakan didalam hadis;
“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salamitu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali.” (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)



  1. Begitu juga dinyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa-dosa sahabat handai sesama muslim antara mereka sebelum mereka berpisah. Ini dinyatakan didalam hadis;
“Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah)


sedikit perkongsian buat kawan-kawan semua... :-)
ucap-ucapkan & selamat beramal ye??

Sunday 3 June 2012

Menarik Tentang Buah Kurma II


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung blog Tingkatan Enam SAMTTAR . Pada hari minggu ini sekali lagi saya ingin kongsikan fakta menarik tentang buah kurma .Sebelum ini, saya ada kongsikan bahawa buah kurma mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita .  Sesiapa yang tertinggal untuk membaca info tersebut bolehlah klik sini . . Buah Kurma I


1. KECERDASAN & KECERGASAN

a. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.


b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

2. KEPERIBADIAN
a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. :  "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."  

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti  Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

3.  KEBERKATAN
a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."


Saturday 2 June 2012

Pendaftaran STPM bawah


Kemasukan ke tingkatan enam STPM begitu mendapat sambutan pada kali ini .  
Setelah selesai sesi pendaftaran, para pelajar dan ibu bapa telah diberi sedikit taklimat.
Taklimat kepada Ibu bapa dan pelajar ini telah disampaikan oleh barisan para pentadbir yang terdiri dari Pengetua Tn. Hj. Mohd Zaki B. Rajikin dan Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Norlina Bt. Shaharuddin.

Kami, Organisai Tingkatan Enam mengucapkan Ahlan Wasahlan wa Nurahhibu Bikum.